Stats for this track
| This Week | Total | |
|---|---|---|
| Plays | – | 1312 |
| Comments | – | 20 |
| Favoritings | – | 9 |
| Downloads | – | 100 |
Uploaded by
More tracks by A Samad Said
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Menjahit Bendera
Kelongsong gas dan air asid berkecah di jalanan,
kita telah disanggah tapi kita tenang berdepan.
Kita mengharumkan abad supaya wangi dan putih
dan terus berjuang walaupun dalam perih dan pedih.
Kita ingin sembuhi demokrasi yang kini lara
agar sejarah akan berbangga di hadapan kita.
Kita landasi dan warasi keangkuhan kuasa
kerana tak rela terus dicengkam kuku puaka.
Kita bangkit dan mengejar tofan yang mengacah kita
sempat wariskan unggun demokrasi segar menyala
dan kita kibarkan bendera yang satu dan yang sama,
menjahitnya setiap kali diraguti kuasa.
Disimbahi warna kuning di sisi lirik nan jernih
serentak kita menyanyi: Bersih, Bersih—kasih, kasih!
23, Julai, 20ll A. SAMAD SAID
- jet koton
- pandang belakang
pandang belakang at 1.33 on July 28, 2011 10:32
Bersih!!! Bersih!!! Bersih!!! untuk insan yang membenci KEKOTORAN!
- chen kl
chen kl on July 28, 2011 01:33
Generasi 709 sokong bersih dan sudi kasih, tetap mengikut jejak Pak Samad selepas perhimpunan.
Berikut adalah translasi puisi Menjahit Bendera, kalau ada salah sila maafkan.《缝补旗帜》
催泪弹壳和化学液体散布于街道,
我们虽被拦阻但仍平和地往前。
我们感染着这世纪使其充满馨香与明洁
纵感到刺眼呛鼻也一直坚持斗争。我们希望治愈当下这病恹恹的民主
以让历史在我们面前感到自豪。
我们攻击同时也拯救傲慢的权力
因不情愿继续被那魔爪给紧紧抓住。我们奋起,直反追那扰乱我们的飓风
及时继承那初燃起的民主篝火
我们也挥舞着一体的和共同的旗帜,
每一次被强权所扯破后又将它给重新缝补。在澄明之诗句陪伴下我们受黄色浇洒
携手同唱着:净选,净选——关爱,关爱!23.7.11. 沙末赛益
*Dan kepada saudara Az Samad – merdu sekali solo gitar!
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- chen kl
- Asnan BY
Asnan BY at 1.20 on July 24, 2011 03:45
Ya... mereka yang gilakan kuasa itulah yang merobek-robek bendera yang satu ini, untuk terus kekal berkuasa.
- Shahrul Effendi

20 Comments
19 timed comments and 1 regular comment